Keluaran dan sambutan Jalan_Kembali:_Bohsia_2

Tayangan

Jalan Kembali: Bohsia 2 ditayangkan pada 7 Jun 2012 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Menurut laporan tidak rasmi mereka yang bekerja di belakang tabir filem ini, untuk tempoh 48 jam yang lalu, filem ini telah berjaya mengutip lebih RM1 juta jualan tiket.[1][2]

Ulasan kritis

Menurut Nurrezatul Aqmar Mustaza dari Sinar Harian, Jalan Kembali: Bohsia 2 tidak hanya memaparkan kecelaruan masalah remaja kini, namun turut menyelitkan elemen Islamik untuk suntik kesedaran kepada golongan remaja untuk berfikir.[3]

Wahiduzzaman menulis untuk mStar Online menyifatkan momentum filem ini terus rancak dan transisi babak semakin meyakinkan, lengkap pasang surutnya yang sekali gus menjadikan filem ini baik pada persembahan dan pengisiannya. Beliau turut berkenan pada sinematografi filem ini, terutamanya permainan syot yang diketengahkan amat menarik dan memberikan impak lebih besar bagi babak-babak pertarungan dan kejar-mengejar.[4]

Budiey dari Sensasi Selebriti mengulas mengenai poster filem ini berkata: "Poster filem Bohsia 2 ini nampak segar, menarik dan unik kerana susunan imej, warna dan efek yang digunakan dapat menghasilkan sebuah visual yang mencuri perhatian dan mengundang penelitian yang lama. Gabungan warna yang cukup menyerlah juga dapat melambangkan unsur keganasan dan kemarahan watak – watak yang terdapat dalam filem ini."[5]

Rujukan

WikiPedia: Jalan_Kembali:_Bohsia_2 http://www.budiey.com/filem-jalan-kembali-bohsia-2... http://www.hyebro.com/2014/08/drama-jalan-kembali-... http://www.imdb.com/title/tt2393512/ http://www.rotikaya.com/bohsia-2-jalan-kembali-men... http://cinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Jalan_K... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2012/06/18/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/jalan-kembal... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120608/h... http://finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cer...